Rumah Panjang Melanau Islam Terakhir Di Sarawak
Papan tanda ini bermaksud: ' Selamat Datang Ke Rumah Panjang Kampung Sok' Kaum Melanau di Sarawak terkenal dengan keunikan Lebuk Regau Melanau (bermakna Rumah Tinggi Melanau) yang mempunyai ketinggian luarbiasa iaitu dari 40 kaki (12 meter) ke atas. Ditambah pula dengan bahan binaannya yang kukuh seperti Kayu Belian (Ironwood) & sebagainya. Namun kebanyakan penduduknya sudah tinggal dalam rumah bercirikan konsep tradisional Melayu Sarawak & Brunei. Replika asal Rumah Tinggi Melanau pada zaman sekarang boleh disaksikan di Kampung Budaya Sarawak. Mungkin saya akan ceritakan pasal Rumah Tinggi lebih lanjut lagi lain kali ya. hehe! Sebab kali ini, saya nak fokuskan pada design rumah Kaum Melanau sebelum Rumah Tinggi mulai direka, iaitu Rumah Panjang Melanau. Kini hanya tinggal satu saja di Sarawak, yang terakhir, dan mungkin akan pupus sekiranya tak dijaga dengan baik. Rumah Panjang Melanau Islam di Kampung Sok terletak kira-kira tiga kilometer dari