Kerajaan Malano: The Lost Kingdom Of Malano


Rumah Tinggi Melanau

Setiap kaum-kaum di Sarawak mesti ada sejarah peradaban yang tersendiri. Begitu juga kaum Melanau yang menjadi antara kaum yang terawal berada di Sarawak. Dipercayai mempunyai sebuah negara yang mengamalkan sistem monarki bernama Kerajaan Malano.
Dalam Sarawak pun ada negara? Well, pada masa itu, Sarawak pun belum ada nama lagi.
Tanpa membuang masa, mari kita kongsi sikit tentang kerajaan yang sudah lenyap nie.

Di dalam pencarian negara yang hilang di Sarawak, terdapat sebuah negara yang tidak mempunyai kaitan langsung dengan cerita Datu Godam mahupun Datu Merpati Jepang tetapi mempunyai sejarah yang tersendiri tetapi masih lagi mempunyai politi yang berkesinambungan daripada pemerintahan Brunei. Walaupun tiada artifak-artifak sejarah yang boleh membenarkan bahawa wujudhnya sebuah kerajaan bergelar Malano tetapi jika merujuk kepada dokumen-dokumen dan jurnal-jurnal pengembaraan sejarah ternyata kewujudan peradapan bernama Malano telah lama ada di bumi Sarawak suatu waktu dahulu iaitu sebelum kedatangan James Brooke lagi. 

Politi kerajaan yang hilang ini terletak di Kuala Sungai Rejang, iaitu sungai selepas Sungai Kalaka. Jika dilihat kepada kewujudan nama Melanau itu sendiri mengikut sejarahnya adalah diberikan oleh Sultan Brunei keatas satu masyarakat yang menggelar diri mereka Likao iaitu masyarakat yang tinggal di persisiran Sungai Rejang. Kewujudan politi kerajaan ini dikatakan telah wujud sejak kurun Ke-13 lagi. Berkemungkinan besar Tugau iaitu seorang raja yang penuh dengan kesaktian itu adalah raja pemerintah kepada kerajaan negeri melano ini yang pertama. Ini dapat disahihkan di dalam manuskrip sejarah kerajaan Brunei yang menyatakan bahawa di awal pemerintahan raja pertama Kerajaan Bo-ni iaitu sewaktu kemerosotan pengaruh kerajaan Majapahit ke atas wilayah di Borneo sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Shah iaitu sultan yang pertama Kerajaan Kesultanan Melayu Brunei, wilayah Tutong yang ketika itu dibawah pentadbiran pembesar kerajaan Melanau iaitu Mawanga telah diserang oleh orang-orang kanan Sultan iaitu Awang Semaun, Awang Jeramabak dan Pateh Damang Sari. Pertempuran untuk perluasan kuasa Kerajaan Brunei ini telah juga sampai sehingga ke Igan iaitu satu lagi jajahan Kerajaan Melano dibawah Basiung iaitu ipar kepada Raja Tugau. Walau bagaimanapun, Basiung dan Raja Tugau yang mendapat bantuan daripada Kerajaan Sambas dan juga jajahannya yang lain tidak dapat menandingi jumlah tentera pimpinan Awang Semaun ini ditambahlagi kerajaan Brunei telah mendapat sokongan daripada masyarakat Iban Sarawak yang mengambil peluang untuk menjalankan tradisi ngayau kepada masyarakat Melanau pada waktu itu. Setelah kekalahan di dalam pentempuran itu maka banyak wilayah Kerajaan Melano telah jatuh kepada kerajaan Kesultanan Brunei selepas itu. 
 Jerunai

Satu lagi manuskrip kuno yang membenarkan bahawa ada satu kerajaan wujud satu ketika dahulu adalah ianya tertulis di manuskrip sejarah kuno Nagarakertagama yang ditulis pada tahun 1365. Di dalam manuskrip ini menyatakan ketika zaman kerajaan Majapahit mencapai puncak kegemilangannya iaitu sewaktu Hayam Wuruk memerintah ada menyebut Malano dan Brunei sebagai sebahagian daripada pembayar ufti kepada kerajaan Majapahit tersebut. Jika Malano membayar ufti bermakna Malano bukanlah satu jajahan kecil sebaliknya sebagai sebuah kerajaan besar yang mencakupi beberapa jajahan kecil yang lain. 

Jika dilihat daripada konteks jurnal-jurnal pengembaraan kuno sememangnya banyak tercatat bahawa Malano adalah sebuah peradapan suatu ketika dahulu. Catalan Atlas yang diwartakan pada tahun 1375 ada menunjukkan peta Kerajaan Malano di dalamnya malah ianya disahihkan di dalam peta orang Portugis yang menyatakan bahawa wujud sebuah politi bernama Malao di dalam peta pengembaraan mereka. Manakala di Florence, Italy sebuah peta lama bertarikh 1595 ada mencatatkan bahawa kawasan persisiran barat Sarawak yang kini dikenali sebagai daerah Oya, Balingian dan Daerah Mukah juga ditandakan sebagai Malano. Malah ada rekod di dalam jurnal pengembaraan Negara Tembok Besar China iaitu Nan-hai-chih ada menyebut Achen atau Igan sebagai sebuah peradapan suatu ketika dahulu dan membuktikan bahawa saudagar-saudagar China juga pernah berkunjung ke Kerajaan Negeri Malano untuk berurusniaga. 

Berdasarkan kepada manuskrip kuno Nagarakertagama serta atlas dan peta-peta pengembaraan kuno serta sejarah yang mengaitkan Malano dengan kesultanan Brunei maka sukar dinafikan sememangnya bahawa Kerajaan Malano ini adalah The Lost Kingdom Of Sarawak suatu waktu dahulu. Masyarakat Melanau yang mempunyai sosia budaya tersendiri yang sekarang ini mendiami dengan ramainya di wilayah persisiran barat Sarawak berkemungkinan besar adalah kesinambungan daripada warisan keturunan rakyat Kerajaan Negeri Malano pada zaman dahulu. 

Inilah paparan untuk siri The Lost Kingdom of Sarawak - Kerajaan Negeri Malano pada kali ini. Sekiranya ada pembaca Borneo Oracle yang mempunyai informasi yang lebih jitu dan konkrit maka diharap dapat berkongsi ilmu pengetahuan sejarah ini bagi melengkapkan lagi pencarian daripada Borneo Oracle. Sharing Is Caring. 
Eh...yang nie sapa plak nie? hehe.. *hiasan semata-mata...XD

Sumber: Borneo Oracle ♥ Sarawak History

Comments

  1. Besar harapan agar kajian terperinci dapat di buat pasal kaum melanau.Dari pemerhatian saya Kaum Melanau di sekitar Rajang ,Jerijeh, Belawai ,Tekajong dan Selalang mempunyai banyak persamaan dan adat serta bahasa mereka dan agak berbeza dari bahasa percakapan orang melanau di daerah Mukah, Matu dan Daro.Pengislaman kaum melanau dari daerah ini menarik minat saya juga.Kalau di perhati daearah ini dulu amat sukar di jejaki kerana kedudukan geografi mereka yang amat susah di lalui dan saya sendiri pernah merasa pada zaman 70an kami terpaksa menumpang boat ikan untuk ke kampong Jerijeh namun sekolah dan pertamadun Islam sudah di dapati di sini dan rumah-rumah mereka sudah terbina seperti kampung Melayu di daerah Kuching dan boleh di katakan agak moden kalau di nilai dengan kedudukkan kampung tersebut.Kampung Jerijeh lebih moden dan tersusun dan rumah-rumah sudah di sapu cat warna kalau di bandingkan dengan perkampungan di sekitar Semenjanjung Malaysia pada zaman awal 70an.Dari cerita mulut ke mulut yang saya dengar kaum melanau banyak melahirkan bijak pandai kerana mempunyai system persekolahan yang terawal dan mempunyai tahap pendidikan yang berbeza dari sejak zaman raja Brooke.Mungkin Datok Patinggi Pehin datuk Taib Mahmud atau mana-mana wakil rakyat berbangsa Melanau boleh menubuhkan sebuah badan untuk membuat kajian tentang kaum ini kerana dari pemerhatian saya bahasa dan budaya mereka semakin pupus dan sebelum ianya hilang seperti rumah Panjang Melanau .Saya kira perlu seseorang yang berpengaruh membuat sesuatu atau mengambil tindakan yang sewajarnya tentang ini.Mungkin datuk Patinggi sendiri atau YB Datuk Len Salleh kerana banyak dari ahli keluarga beliau terdiri dari orang yang berpendidikan tinggi.

    ReplyDelete
  2. saya ada dengar dari org brunei bahawa melanau mmg mpunyai raja dahulu dan mempunyai kerajaan sendiri sebelum mgalami kejatuhan dan keturunan itu masih ada lagi. im proud to be melanau.

    ReplyDelete
  3. Keturunan itu mmg masih ada.. kini tinggal dimukah... datuk sya ckp

    ReplyDelete
  4. waris jak ada nyimpan salasilah keturunan raja tugau...dak nya jak tauk..tugau anak kepada RAJA TAGE'N...

    ReplyDelete
  5. Ayah saya pernah bercerita bahawasanya saya berasal daripada keturunan Pengiran Puspa Mucu Alam..dan keluarga moyang adalah bangsa sembilan pikul

    ReplyDelete
  6. Saya org bintulu (abai ba'ee@va'ee)... saya agak tertanya2 mengapa atau apa puncanya org ba'ee@va'ee ini diketegorikan sebagai Melanau?Jika diperhatikan dari sudut bahasa,..bahasa ba'ee@va'ee ini adalah jelas berbeza dgn suku2 melanau yg lain dan merujuk kpd peta Petrus Bertius yg bertarikh 1616 yg dikeluarkan di Amsterdam,Netherlands,..Berulo@R.Berulo (Bintulu pada hari ini telah pun wujud pada kurun tersebut.Temaio-Baiao/Baio pula pada pendapat saya (sekadar pendapat) adalah merujuk kpd penduduk Berulo (Bintulu).Hipotesis ini saya buat berdasarkan pendapat Ma, S. Baring-Gould. (2013). pp. 44-5. A History of Sarawak Under Its Two White Rajahs 1839-1908. London: Forgotten Books. (Original work published 1909) yg menyatakan bahawa Tama/Tema adalah bermaksud tanah yg juga boleh membawa maksud tempat atau negeri,manakala Baiao/Baio pula mungkin merujuk kpd Ba'ee/Va'ee.Jadi pada kesimpulannya,Temaio-Baiao/Baio mungkin bermaksud Tanah Ba'ee/Va'ee..(p.s. sekadar pendapat dan mohon perbetulkan jika salah) Kembali pada persoalan saya di atas,mengapa atau apa puncanya org ba'ee@va'ee ini diketegorikan sebagai Melanau?Kalau tidak silap pengketegorian ini berlaku selepas pembentukan Persekutuan Malaysia...

    ReplyDelete
  7. bersetuju dengan pandangan anonymous 7 november 2014 di atas, etnik Vaie atau Vaie Segan seharusnya bukan dikategorikan di bawah kelompok melanau berdasarkan kajian bahasa mereka yang jauh berbeza daripada bahas melanau...rujuk kajian Blast dan kajian yang lain selepasnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan Milano dahulu adalah kerajaan Hindu,kerajaan tersebut bernama vijayapura @ Wijayapura.Bukti amalan hinduisma wujud ada dlm pesta kaul dimna is serupa dengan kaum bali.keluasan empayar vijayapura ada lah bermula dari muara sg rajang sehingga ke Filipina.Ini dibuktikan dlam sejarah lama Filipino (codex boxer).Pusat pemerintahan vijayapura pula terletak di tutong bukti nya terdapat penempatan @ pemerintahan a liko@ melanau semasa kejatuhan empayar.(Negarakertagama -majapahit)

      Delete
    2. Kejatuhan melanau disebabkan kerajaan Brunei disokong oleh suku bajau ,Iban bersama tentera China.manakala melanau do sokong oleh sambas Dan tanjung pura.(majapahit tidal menghantar bntuan)(negarakertagama)

      Delete

Post a Comment

Popular Posts