13 AZAM 2013 MR DURIANZ




Semua orang ada azam tahun baru, begitu juga dengan aku. Sebelum nie, tahun 2012....aku ada berazam untuk menjayakan 12 perkara yang aku panggil ' 12 Azam 2012' (hehe...suka-suka jer)


Berikut ialah perkara-perkara dalam 12 Azam 2012

1. Berkarya atau berkartun untuk Majalah kartun. (√ )

2. Memiliki studio muzik & lukisan sendiri. (  )

3. Hantar Mak Ayah menunaikan Haji. (√ )

4. Menunaikan Haji, jika mampu. (  )

5. Kumpul duit banyak-banyak. (  ) 

6. Beli rumah/ motor besar/kereta besar/awek besar/company besar...hehe! (  )

7. Kahwin. Sebab masih bujang. :P (  )

8. Menjadi seorang yang lebih baik. (  )

9. Bekarya untuk majalah terbitan luar negara. (  )

10. Kucing. Perlu tambah lebih banyak kucing. Hehe! Aku suka kucing. (  )

11. Nak sentiasa sihat. Amin. (  )

12. Mendalami ilmu agama. (  )

Hmm...itu semua azam tahun 2012.....2 perkara aje tercapai, manakala yang lain-lain hampesss...tapi bagaimana plak '13 Azam 2013'?

Err..Copy & Paste saja la dari tahun 2012. Cuma perlu tambah 1 lagi azam. iaitu;

...........
.........................

13. Tak mau malas-malas lagi. ZzzzZZ..ehh!!! (  )


SELAMAT TINGGAL 2012, SELAMAT DATANG 2013!!!

Dan...

SELAMAT TAHUN BARU SEMUA!!!


Berakhirnya Embun Pagi 2012


*(tajuk hanya rekaan semata-mata, tiada kena-mengena dengan jalan cerita...hehe!)

"Ahhh...sudah, lupa bawak handphone pulak! Nak patah balik ke tak nie..emmm...", aku berbisik sendirian, sambil mata aku meliar ke arah pagar rumah yang hanya beberapa meter dari tempat aku berdiri. baru jer 4-5 langkah sebenarnya. Lama juga aku berbuat begitu.
Ada la dalam 20 minit 45.3 saat...disebabkan perasaan berbelah-bagi. Nak masuk rumah & ambik handphone ke tak?
....................................
.................
.............
.....
"ahhh...
malaslah!" 
(-_-"...pemalas tahap gaban



Malas nak masuk rumah balik, aku buat keputusan merayau di pasar...pasar apa-apa la pun...
pasar ikan, pasar sayur, pasar raya, pasar minggu...janji namanya bermula dari pasar...bukannya berakhir dengan pasar seperti 'Denpasar'.

Sedang aku berjalan...terserempak la dengan orang tua nie...
"Nak...beli kuih, Nak! Kuih karipap, kuih cakoi, kuih gelang, kuih batik, kuih-muih, kueh tiaw goreng....bla!bla!bla!"
Entah ler...bila orang tua nie nak abis promote kuih-kuih yang memang takde senarai dalam view aku terhadap bakul kuih beliau. (bahasa dalam)
Dah ler gigi pun jarang-jarang...berbuih-buih pulak tu...pasti meloyakan tekak sapa-sapa ajer yang melihatnya...
tapi...perut mengatakan kepada aku...."I'm Hungry....." lantas...aku bertanya...



"Pakcik....berapa harga kuih nie Pakcik?"
Orang tua tu diam sebentar dan memandang ke dalam bakul kuih-muih yang kononnya hot dan cool...

Aku menunggu sambil mencapai dompet dari poket aku.

Agak lama jugak orang tua tu tunduk meneliti kuih-muihnya...diam dan tenang.

"Pakcik...berapa harga kuih cakoi nie pakcik?" aku mula hilang sabar disebabkan masa yang diambil terlalu lama.

"Eh!? Maafkan Pakcik, Nak...
Pakcik tertidur tadi..."

AIK? Apasal siap bole tidur berdiri orang tua nie? Betul ke tak betul nie...?

"Errr...semuanya ada 73 bijik, Nak...jap Pakcik kira lagi...takut salah"
Eh...? Orang tua nie...orang tanya harga...bukan suruh kira...dah ler pekak....badak pulak tu...
(jangan kurang ajar dengan orang yang lebih tua dari kita oi!)

"Pakcik, saya beli kuih cakoi nie...berapa harga?"
"Seikhlas hati, Nak....PAKCIK NIE TAK BERAPA NAMPAK.....BUTA sejak kecik..."
Emm....?!? Aku rasa curiga tapi kesian pun ada. 
Bercampur-baur....

"Betul ke nie pakcik?"
"Betullll....bayar la berapa pun janji ikhlas...."  
"Betul nie?"
"TANG BAYAR JAK SIA!!" (*slang Sarawak- Nak bayar, bayar ajelah!)
Okey...laa....
Aku mencapai dompet dan menghulurkan duit kepada ORANG TUA BUTA tu...
"Pakcik ambik ni....buat belanja, ikhlas nie...simpan baik-baik"

"Terima kasih, Nak...Tuhan ajer yang dapat balas budi baik Anak..."
Bercucuran air matanya sambil membelek-belek duit tersebut...
Aku tersenyum. Sambil mencapai kuih cakoi tersebut.
Dan secara 
tiba-tiba....

"EH? RM50?!...banyak sangat nie, Nak...tapi takpe la Pakcik simpan buat belanja...terima kasih lagi ye Nak...?"
Kata orang tua tu sambil berlalu meninggalkan aku dengan kuih cakoi yang baru aku 'beli'. terpinga-pinga macam PINGU sendirian.

WHAT THE HELL?!?....ORANG BUTA KE TU?!!

(Morale: janganlah mencari untung dengan menipu orang lain....hmmm...)

MV Pulau Kidjang Dalam Kenangan (Part 2)


Pukul 3 pagi.


Dalam pekat kegelapan awal pagi.
Ratusan jiwa telah pun tiada...

Mangsa-mangsa yang terselamat ditemui oleh anak-anak kapal MV Hornbill, kapal yang mengangkut muatan kayu balak yang kebetulan menuju ke Pekan Selalang yang tak jauh dari Sarikei.

Setelah mendapat panggilan kecemasan dari MV Hornbill. Polis Marin, Tentera, Navy bergegas menuju ke lokasi kejadian di Tanjung Jerijeh, kira-kira 3.5 batu nautika dari Sarikei Barat. Namun segala-galanya sudah terlambat. Kebanyakan penumpang sudah mati lemas, ada juga yang hilang dibawa arus gelombang, ada yang mati lemas terperangkap dalam kapal. Namun mereka sama sekali tak berputus-asa mencari tanda-tanda mangsa yang terselamat. Walaupun apa yang kelihatan di depan mata, hanyalah jasad-jasad yang tak bernyawa terapung-apung di merata-rata tempat. Terlalu banyak mayat. Lebih kurang 121 mangsa didapati mati lemas (termasuk hilang). Jumlah yang terselamat hanya 38 orang dari 159 orang penumpang sebelum tragedi itu berlaku.

Untuk mengangkat mayat-mayat itu sekaligus ke dalam bot tentera adalah mustahil. Tiada cara lain, terpaksa menggunakan helikopter. Juruterbang helikopter menyaksikan ratusan mayat terapung-apung dimana-mana saja dari udara. Pemandangan yang agak menyedihkan. Hati siapa yang tak terguris melihat mayat-mayat yang terdiri dari ahli keluarga yang rata-ratanya orang tua, kanak-kanak dan banyak lagi. Mayat-mayat mangsa terpaksa dimasukkan ke dalam jaring ikan dan jaring itu akan diangkut menggunakan helikopter menuju ke Sarikei. Helikopter hanya dapat mengangkut puluhan mayat saja dalam satu-satu masa. Ini bermakna mereka terpaksa berulang-alik dari Sarikei ke Tanjung Jerijeh beberapa kali sehingga tiada tanda-tanda mayat ditemui lagi. Ini berlangsung hampir seminggu.




Sementara itu, mayat-mayat yang dibawa ke Sarikei. Dihimpunkan di padang Dewan Suarah Sarikei buat sementara untuk sesi pengecaman & tuntutan ahli keluarga. Bayangkan, ratusan mayat disusun di padang yang besar. Ada mayat yang sudah kembung kerana terlalu lama terendam dalam air laut, ada yang tiada rupa manusia lagi, mata terbonjol seperti udang, kulit, jari-jemari hilang dimakan ikan. 

Menggunakan helikopter untuk mengangkut mayat, bukanlah satu pengalaman yang agak menyenangkan. Helikopter terpaksa melalui kawasan perumahan di Sarikei. Air mayat yang menitik-nitik dari jaring ikan, ada yang terkena bumbung rumah penduduk. Sehingga ada yang terdengar suara tangisan & jeritan manusia pada waktu malamnya selama beberapa hari. Ada juga yang tercium bau kemenyan & setanggi. Macam-macam versi cerita yang kedengaran.

Mangsa-mangsa terpaksa dikebumikan dalam satu liang-lahad, atas faktor mayat sudah mula mereput dan sukar untuk dikenal-pasti identiti, jantina, agamanya dan statusnya. Sebuah Memorial juga dibina untuk mengingati Tragedi Pulau Kidjang ini di Sarikei. Ada juga sebuah keluarga besar yang maut tanpa meninggalkan waris dan keturunannya lagi di dunia ini. Lenyap begitu saja.

Sebelum kejadian, berlaku sesuatu yang amat aneh. Di Perlabuhan Kuching, beberapa jam sebelum MV Pulau kidjang bertolak. Banyak orang menyaksikan ratusan ekor tikus berlari-lari melompat keluar dari MV Pulau Kidjang terus ke daratan, namun kebanyakan dari penumpang langsung tak menyedari & mengendahkan peristiwa aneh itu. Kerana berpusu-pusu untuk masuk ke dalam kapal. Adakah ini tanda-tanda yang tikus-tikus itu tahu apa yang akan berlaku? Wallahualam.

Dipercayai, boyan yang menjadi panduan telah hanyut dalam ribut & hilang entah ke mana, menyebabkan kapten kapal & anak-anak kapal yang lain sukar untuk melihat rumah api dan mengemudi arah MV Pulau Kidjang dengan betul. Akibatnya, MV Pulau Kidjang terlanggar beting pasir dan seterusnya tengelam akibat kombinasi pukulan ombak besar, angin ribut (atau puting beliung dalam sesetengah versi) dan kesukaran bergerak akibat terperangkap di beting pasir.

Begitulah sedikit sebanyak dari apa yang saya tahu mengenai Tragedi Pulau Kidjang yang kekal menjadi sejarah tragedi maritim terburuk di Sarawak.

Apa yang terjadi sudah ditentukan Allah SWT. Yang yang hidup, meneruskan kehidupan mereka dengan seribu kenangan pahit. Dan ngeri. Manakala bagi yang telah tiada, sama-sama kita sedekahkan doa dan Al-Fatihah. Semoga roh-roh mereka tenang di sana. Amin Yarobbal Alamin.





MV Pulau Kidjang Dalam Kenangan (Part 1)


39 tahun yang lalu...


Tanggal 27 Disember 1973, hari-hari yang sebelumnya ini tampaknya tenang tiada gangguan dan juga masalah, will never be the same again lepas nie. 

Apabila; pada tarikh keramat ini---> 27 Disember 1973, perairan sekitar Tanjung Jerijeh, Sarawak menjadi menjadi saksi ratusan jiwa terkorban. Apabila gelombang bergelora dengan rakusnya, memamah ratusan jiwa dalam kegelapan, tanpa cahaya. Apabila M.V Pulau Kidjang, tanpa rela menyembah dasar Muara Rejang sekitar Tg Jerijeh. Tengelam bersama seribu pengalaman, kenangan dan pertanyaan.

Itulah Tragedi M.V Pulau Kidjang yang tak akan dilupakan oleh generasi lalu dan generasi akan datang.

Bila bulan mengambang
Cahaya pun gemilang
Tiba-tiba mendung mendatang
Angin serta gelombang
Bertiup dengan kencang

Malang terus mendatang
Sebuah kapal panjang
Ukuran sama sedang
Diberi nama Pulau Kidjang
Malangnya Pulau Kidjang
Jadi mangsa gelombang
Tenggelam di lautan Rajang

Alangkah sedih oh Tuhan
pada hambamu yang malang
banyak nyawa terkorban
Menjadi peristiwa hingga masa kini
Kisah tragedi Pulau Kidjang

Itulah gambaran daripada lagu puisi ciptaan Suga Anak Juntu dr Simunjan 1980. Gambaran betapa tragisnya insiden ini. Tragedi maritim paling malang dalam Sejarah Sarawak.

Apakah MV Pulau Kidjang?
MV Pulau Kidjang ialah sebuah kapal pengangkutan di Sarawak (pada masa itu) yang boleh memuatkan ratusan kargo & manusia dalam satu-satu masa. Selain dari MV Pulau Kidjang, MV Rajah Mas sebuah kapal lain yang mempunyai perkhidmatan yang sama. Bermula dari Perlabuhan Kuching dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang sehari melalui Sarikei dan berakhir di perlabuhan Sibu. Dibina di Indonesia, MV Pulau Kidjang yang beratnya 227 tan. Dibeli Syarikat Central Shipping Co di Singapura dengan harga RM320,000 (1965). Diketuai oleh Kapten Awang Hashim Hj Hamzah. Dibantu oleh Juragan Che Alip dan 28 kelasinya. Hampir 8 tahun berkhidmat bersama MV Pulau Kidjang, menjalankan tugas harian mereka membawa muatan kargo dan manusia berulang-alik dari Kuching menuju ke Sibu dan kemudian kembali ke Kuching.

Segalanya bermula...
26 Disember 1973. Sambutan Krismas baru saja berakhir. Pada pukul 6.30 petang, setengah jam lewat dari masa yang biasa ditetapkan untuk MV Pulau Kidjang bertolak dari Perlabuhan Kuching, iaitu 6.00 petang. Membawa ratusan penumpang dari pelbagai latar-belakang, pelbagai kaum dan agama. Cina, Iban, Melayu, Melanau, Bidayuh dan sebagainya. Bersesak-sesak dalam MV Pulau Kidjang. Masing-masing ada urusan tersendiri menuju ke destinasi yang ingin ditujui. Ada yang ingin ke Sarikei, ke Sibu, ke Kanowit. Rata-ratanya baru saja selesai menyambut Krismas dan ingin kembali ke tempat asal.

Penumpang-penumpang First Class dan Second Class, ditempatkan dalam kabin-kabin yang disediakan. Manakala bagi penumpang-penumpang biasa pula, tidur di mana-mana saja yang mereka rasakan selesa. Bahkan ada yang sanggup tidur atas timbunan guni beras, jagung atau makanan dalam tin dalam ruang kargo. Namun, mereka sama sekali tak merungut, asalkan mereka tak kehilangan tiket dan ada tempat tidur pun sudah memadai. Destinasi yang ditujui pun tetap sama juga. Untuk mengelakkan kelaparan, ada yang membawa bekalan makanan sendiri, dan bekalan air minuman yang mencukupi untuk perjalanan yang mengambil masa sehari lebih ke Sarikei & Sibu.


Perairan Sarawak pada saat itu, sangat tenang dan selamat. Jarang berlaku kemalangan jiwa. Tiada lanun. Tak banyak kawasan bahaya. Kurang ancaman. 




Namun segala-galanya berubah, pada pukul 3.00 pagi, 27 Disember 1973. Dalam pekat kegelapan awal pagi itu, MV Pulau Kidjang terumbang-ambing apabila Tuhan menunjukkan kuasanya. Laut tiba-tiba saja bergelora & angin bertiup dengan ganasnya, menyebabkan MV Pulau Kidjang terlanggar beting pasir dan terperangkap. Ombak pula berterusan memukul MV Pulau kidjang tanpa belas-kasihan. 

Semua penumpang menjadi panik, ada yang menjerit, ada yang menangis, ada yang berdoa. Ada yang bertolak-tolakan. Ada yang terjatuh ke dalam laut. Suasana menjadi kelam-kabut dan bertambah teruk apabila semua lampu dalam MV Pulau Kidjang terpadam begitu saja. Keadaan begitu gelap. Yang kedengaran hanya tangisan-sayu dan jeritan meminta tolong. Dalam masa beberapa minit saja, suasana terus menjadi sunyi. Tiada lagi tangisan. Tiada lagi jeritan. MV Pulau Kidjang sudah pun tengelam menyembah dasar Muara Rajang

Penumpang-penumpang itu..........Dimanakah mereka semua?

Klik sini: MV Pulau Kidjang Dalam Kenangan (Part 2)


Majalah Bangka Volume 3: Incoming

MB3: INCOMING!!!!

Dalam jangka beberapa hari lagi, Majalah Bangka Edisi Ke-3 akan hinggap di kedai-kedai buku, pasar ikan,  kedai tattoo, kedai kain, pasar borong dan juga pasar sayur sebelah rumah Makcik Rabeah jiran sepupu aku. (Eh...apa aku merapu nie?) 

Seperti biasa, Majalah Bangka tetap setia memaparkan segala macam bentuk hiburan santai seperti kartun-kartun yang dihasilkan kartunis tempatan seperti Kartunis Terry, Kartunis Ngumbek, Kartunis Harrisson, Kartunis Gibson, Kartunis Nyalu Jingga dan Kartunis Durianz (saya ler tu...) dan diselang-selikan dgn info-info berguna disaluti dengan nilai2 moral berbudi pekerti mulia lemak berkrim disukai ramai. (seperti yang tertera dalam sijil testimoni aku masa tahun 6 hehe...perasannya aku!)

Majalah Bangka Vol 3 juga, masih mengekalkan unsur-unsur Sarawakiana (err..lebih kurang macam dipengaruhi dengan gaya hidup & adat budaya rakyat Sarawak) dalam kartun2nya. Paling ketara, 100% penggunaan Dialek Iban dalam setiap ceruk & sudut dalam majalah nie. Err..bagi yang tak berapa faham bahasa Iban, Insyallah kami akan mengeluarkan sebuah lagi majalah kartun berbahasa Melayu yg masih mengekalkan nilai Sarawakiana sambil berhibur secara santai. Dalam setahun dua nie ler. Kalo tiada bulldozer yang melintang jalan. :P
 Okeh...apa lagi ya? emm...lupa nak cakap apa tadi...banyak makan semut api nie...adoii..

Sementara itu saya paparkan beberapa preview-preview dalam Majalah Bangka Vol 3 untuk sesiapa yang ingin mengenali apa itu Majalah Bangka. 

 ....Err..kartun2nya saya tak sempat nak translate...hehe!

Ini la rupa covernya. Edisi Hari Natal 


preview karya Kartunis Harrisson

preview karya Kartunis Ngumbek




preview karya Kartunis Terry


preview karya Kartunis Nyalu


preview karya Kartunis Gibson




preview karya Kartunis Durianz (aku ler tu...hehe!)





segmen-segmen lain

haa..inilah Tuan Editor Kartunis Terry yang sangat low-profile...:P simple jer time promosi...:P


Majalah Bangka here & there di sana-sini...:D

Okeh la..cukup setakat ini paparan saya, ada masa nanti saya update lagi mengenai aktiviti-aktiviti terkini Team Majalah Bangka. Mungkin nak ke Johor Bahru next year ( 'next year' yang tinggal beberapa hari lagi bermula dari TARIKH POST ini)...:P
Chow...Wassalam. Peace No War. Pray For GAZA, Rohingya, Syria etc ya? :)











HUKUM MAKAN ULAT SAGU DALAM ISLAM


HUKUM MAKAN ULAT SAGU DALAM ISLAM




1- Mak oii Danny, laku betul Ulat Mulong nie yer? Apakata kita buat bisnes Ulat nih?
2- Aku masak sangat dah tentang lokasi kat mana tempat ulat nih membiak dengan banyaknya...
3- Apsal jauh sangat nih, Austin?  - Sabar ler, kita dah nak sampai nie..
4- tadaa..ini dia..  - Ulat sampah nie nak buat apa?!! Sapa yang nak beli?!! Bongokkkk!!!


HUKUM MAKAN ULAT SAGU DALAM ISLAM"Rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung hukum makan si-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu ini. Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya. 
Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali". Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama - sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445. Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:- Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.
Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini. Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang."
(sumber artikel dari http://halaqah.net/v10/index.php?topic=12096.0)
Haa...clear sudah kan pasal hukum memakan ulat mulong bagi orang Islam?

Ulat Mulong, Si'et, Ulat Sagu dan macam2 lagi spesis nama yg diberikan oleh penduduk pribumi di Borneo dan tempat2 lain di dunia nie, sebenarnya ialah larva Kumbang Capricorn yg suka mkn daun palma mcm pokok Sagu & Kelapa, kumbang nie suka btelur dalam batang sagu & kelapa kerana anak2nya (ulat ler tu) suka makan batang sagu...rupa ulat nie comey la sikit..bulat2 gitu. mcm yg saya lukis tu..XD tradisi memakan ulat sagu sangat terkenal dikalangan masyarakat Melanau di Sarawak. Err..saya Melanau Islam, tak boley la makan ulat nie...:P 

MAJALAH BANGKA VOLUME 2

MAJALAH BANGKA VOLUME 2


Assalamualaikum semua, saya Durianz. Salah seorang dari team Majalah Bangka. Satu-satunya majalah kartun humor yang bergiat aktif di Sarawak. Uniknya, kartunis-kartunis majalah ini terdiri dari pelbagai kaum seperti Iban, Bidayuh, Melanau & etc. Walaupun bahasa Iban digunakan hampir 100% dalam majalah ini. Kami diberi kebebasan untuk mengunakan dialek sendiri untuk satu-dua page. Dengaan syarat, ada translation bahasa Iban. Baru pertama kali cuba menjejakkan kaki dalam pasaran seluruh Sarawak, Jun lalu. Ternyata sambutan luarbiasa dari peminat-peminat dari pelbagai kaum seluruh Sarawak, menyebabkan Majalah Bangka seolah-olah menjadi fenomena baru industri kartun tempatan yang semakin malap.
Membuktikan bahawa kartun masih lagi diterima oleh semua golongan di Sarawak. Ya, SEMUA GOLONGAN, tak mengira usia, jantina, agama atau kaum. Mereka-mereka inilah yang memberikan nyawa kepada kami, Majalah Bangka. Together we unite. I'm proud to be Sarawakian, kamek sayang Sarawak. 
Peace no war. Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

*Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman sesawang www.majalah-bangka.com


Sebahagian dari karya-karya saya untuk Majalah Bangka. Saya alih-bahasakan ke Bahasa Melayu untuk di hiburan anda. :P ewah skema ayat aku. :P

pecah2 lak gambar-gambar ne...adoii

ada versi bahasa Iban & Melanau